Jabatan Amal Kelantan

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan

  • Selamat Datang

    Image

    Terima kasih kerana telah mengunjungi blog Jabatan Amal Kelantan. Laman ini sedang dalam pembangunan. Segala komen & cadangan amat dialu-alukan.



  • Sumbangan Diperlukan

    Jabatan Amal Kelantan amat mengharapkan sumbangan kewangan dalam meneruskan gerak kerja dalam membantu masyarakat. Sumbangan tuan puan boleh disalurkan ke akaun Jabatan Amal Kelantan, No. Akaun Bank Islam (BIMB) : 03018010118457. Segala sumbangan yang diberikan diucapkan ribuan terima kasih.

  • Kiriman Terbaru

  • Sejarah

    Pada Satu hari dalam ini telah berlaku satu peperangan saudara dikenali dengan nama Perang Jamal (Perang Unta). Inilah peperangan saudara pertama dalam sejarah Islam.

  • Hadith Pilihan

    Usman bin Abi Ash r.a. bertanya; "Ya Rasulullah, aku sering diganggu syaitan dalam solat, sehingga bacaanku menjadi kacau kerananya. Rasulullah s.a.w. bersabda; "Ya, yang demikian itu memang gangguan syaitan yang dinamakan Khinzab. Kerana itu apabila engkau diganggu, maka segeralah mohon perlindungan kepada Allah dari godaannya, sesudah itu meludah ke sebelah kirimua 3 kali!" Kata Usman; "Setelah aku lakukan yang demikian, maka dengan izin Allah godaan seperti itu hilang."

  • Fadilat Amal

    “Rasulullah s.a.w. pernah ditanya; Apakah amalan yang paling utama? Baginda bersabda; Beriman kepada Allah. Sahabat bertanya lagi: Kemudian apa? Rasulullah s.a.w. bersabda ; Jihad pada jalan Allah iaitu berjuang pada jalan Allah dan sahabat bertanya lagi: Kemudian apa? Rasulullah s.a.w. bersabda ; Haji Mabrur iaitu ibadat Haji yang diterima.”

  • Ikatan & Simpulan

Gambar Misi Bantuan Selat Klang

Posted by Jabatan Amal Kelantan di 9 September 2008

Advertisements

Posted in Aktiviti Amal | Di tag: , | Leave a Comment »

Amal Kelantan Zairah Mat Ali

Posted by Jabatan Amal Kelantan di 4 Julai 2008

Salam Perjuangan…

Baru-baru ini saya bersama sahabat saya Ustaz Rosli Abdul Samad, Pengarah Kewangan Jabatan Amal Kelantan, telah melawat Saudara Mohd Ali Akbar yang lebih dikenali dengan pangilan Mat Ali (gambar) yang telantar di HUSM Kubang Kerian hampir 10 hari.

mohd ali akbar

Mat Ali sedang bercerita tentang kejadian yang menimpanya

Beliau mula dimasukkan di HUSM Kubang Kerian pada 25 Jun 2008 dan sekarang di tempatkan di Wad 4 Selatan, katil no 14. Saya difahamkan bahawa beliau telah jatuh dan apabila bangun keesokan pagi, kaki beliau tidak dapat digerakkan. Sekarang ini agak bertambah baik, saya difahamkan ada kebocoran pada tulang belakang beliau akibat terjatuh.

Beliau segera mendapatkan rawatan di Hospital Besar Pasir Puteh dan terus dihantar ke HUSM. Beliau memaklumkan Pengarah Jabatan Amal Kelantan, Muhammad Hafiz Musa telah melawat beliau pada hari pertama beliau dimasukkan ke HUSM.

Jabatan Amal Kelantan berharap beliau cepat sembuh dan dapat kembali aktif dalam kerja-kerja memperjuangkan Islam dan kerja-kerja amal.

Setiausaha Jabatan Amal Kelantan http://muhammadhanif.wordpress.com

Posted in Aktiviti Amal, Lawatan | Di tag: , , , | Leave a Comment »

Kejuaraan Cub Prix AAM Petronas Sprinta Malaysia 2008, Tesco Lembah Sireh, Kota Bharu

Posted by Jabatan Amal Kelantan di 12 Jun 2008

Kota Bharu 7 – 8 Jun. – Kejohanan Cub Prix AAM Petronas Sprinta Malaysia pusingan 4 telah berlangsung di Tesco Lembah Sireh.

Jabatan Amal Kelantan telah menghantar seramai 50 orang Unit Amal untuk berkhidmat sebagai pegawai keselamatan bersama-sama dengan Rela, Bomba, PBSM dan lain-lain. Ust Zamri Mat Yusoff – Timbalan Pengarah I mengetuai Jabatan Amal Kelantan untuk bertugas di kejohanan tersebut.

Sementara itu Ust. Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi berkesempatan sama dengan Jabatan Amal Kelantan sebagai VIP.

Beliau berkata “Sebelum ini saya bukan sahaja tidak berkesempatan untuk menyaksikan kejuaraan sukan motosikal ini malah tidak “boleh” hadir ke litar kerana saya merasakan sangat tidak sesuai untuk berada di situ ekoran kawasan litar akan dihiasi oleh gadis litar yang tentunya berpakaian sangat menjolok mata.”

Tambah beliau lagi “Berbeza penganjuran Kejuaraan di pusingan 4 ini, apabila Kota Bharu Bandaraya Islam menjadi lokasinya. Gadis litar tidak dibenarkan dan gadis promoter yang bertugas di gerai atau kaunter masing-masing dikehendaki bertudung.”

Posted in Aktiviti Amal | Leave a Comment »

Wacana : 100 Hari Pemerintahan Pakatan Rakyat

Posted by Jabatan Amal Kelantan di 10 Jun 2008

Posted in Makluman | 2 Comments »

Jambori Amal Kebangsaan Kali Ke – 16 / 2008, Kg. Sayong Lembah, Kuala Kangsar, Perak

Posted by Jabatan Amal Kelantan di 4 Jun 2008

Kuala Kangsar, 31 Mei 2008 – Jambori Amal Kebangsaan Kali Ke – 16 / 2008 yang berlangsung selama 3 ‎hari bermula 30 Mei – 1 Jun 2008. Pada tahun ini, Perak telah diamanahkan sebagai tuan rumah kepada ‎program tahun Amal Kebangsaan yang tertunda pada tahun lepas di atas sebab kemungkinan ‎berlakunya pilihan raya kali ke – 12. Lokasi tempat jambori pada kali ini diadakan di Kg. Sayong Lembah, ‎Kuala Kangsar terletak di tepi Sungai Perak berhadapan dengan bangunan Istana Iskandariah, Bukit ‎Chandan cukup menarik perhatian penduduk dan pelancong yang berada di kawasan sekitar lebih-‎lebih lagi pada waktu malam.‎

Jabatan Amal Kelantan pada tahun ini telah menghantar seramai 95 orang peserta ke jambori kali ini. ‎Pada tahun ini semua perbelanjaan peserta untuk jambori pada kali ini ditanggung sepenuhnya oleh ‎Jabatan Amal Kelantan.‎

Jambori pada kali ini mencatat sejarah penyertaan teramai apabila penyertaannya melebihi 2,500 ‎orang peserta dari negeri-negeri sejak diadakan 15 tahun lalu dan manakala unit amal yang teramai ‎menghantar peserta kali ini adalah negeri Pahang iaitu 303 orang anggota Amal.‎

Dalam jambori kali ini Jabatan Amal Kelantan telah memenangi beberapa acara yang dipertandingkan ‎seperti johan dan tempat ketiga – futsal padang, naib johan – kawad kaki, tempat kedua – berkayak, tempat ketiga – ‎gajet, tempat ketiga – ironman dan lain-lain acara lagi yang dipertandingkan. Dalam pada itu, pengarah Jabatan Amal Kelantan saudara Muhammad Hafiz Musa berkata “Penyertaan pada Jambori akan datang insya Allah akan lebih ramai lagi daripada penyertaan pada kali ini”. ‎

Posted in Aktiviti Amal | 1 Comment »

Jambori Amal Kebangsaan Akan Diadakan Di Kuala Kangsar

Posted by Jabatan Amal Kelantan di 25 Mei 2008



KUALA LUMPUR, 7 Mei (Hrkh) – Jabatan Amal akan mengadakan Jambori Amal Kebangsaan kali ke-16 selama tiga hari iaitu bermula 30 Mei hingga 1 Jun ini.

Ketua Setiausaha Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Shahrani Abu Sahid berkata, jambori tersebut akan diadakan di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar, Perak.

Katanya majlis perasmian akan dilakukan Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub dan penutupnya pula disempurnakan Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Muhammad Nizar Jamaluddin.

Jumlah peserta yang akan hadir ke Jambori berkenaan dianggarkan 1,450.

Pelbagai aktiviti diatur antaranya ialah gotong royong, sukan seperti paint ball, memanah, kawad kaki, sukaneka rakyat dan program derma darah serta rawatan kesihatan percuma.

Sehubungan itu katanya, semua Jabtan Amal Negeri dikehendaki menghantar seramai mungkin kontijen masing-masing bagi menyertai acara yang ditetapkan.

Para peserta hanya dikenakan bayaran RM5 seorang.

“Segala sokongan dan perhatian mereka amat kami hargai,” katanya kepada Harakah. – mks.

dipetik dari : http://jabamal.wordpress.com

Posted in Berita | Leave a Comment »

Perginya Sebutir Permata

Posted by Jabatan Amal Kelantan di 26 April 2008

Almarhum Tok Guru Haji Lah Lubuk Tapah, antara Ulama’ Pondok yang terkemuka bukan sahaja di kelantan bahkan di Malaysia umumnya. Semasa hayatnya, Beliau antara orang yang kuat memberikan sokongan kepada Kerajaan PAS Kelantan. Beliau banyak menghadiri program-program bersama YAB Tok Guru Nik Aziz, mengimami Solat Hajat yang dianjurkan PAS Negeri Kelantan dan amat jelas sekali Tok Guru Haji Lah juga berperanan dalam mengekalkan pemerintahan Kelantan di bawah PAS. Peranan institusi pondok di kelantan antara penyumbang kepada masyarakat yang sayang dan cinta pd agama seterusnya mengekalkan pemerintahan dan kepimpinan Tok Guru Nik Aziz.

Mengenali Batang Tubuh Almarhum Tok Guru Haji Lah yang amat kita cintai

Biodata Ringkas Tuan Guru Haji Lah ( Sumber dari blog Syifa’ Arjuna http://www.syifaarjuna.blogspot.com )

Tuan Guru Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman. Beliau dilahirkan pada pukul 3.00 petang, hari jumaat, 11 febuari 1933 di pondok Lubuk Tapah Tuan Guru Haji Abdullah telah mendapat pendidikan awal dengan ayahandanya sendiri iaitu Almarhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman .Beliau juga telah belajar menulis dan membaca jawi semenjak kecil lagi dengan anak murid ayahnya yang berpengalaman iaitu Almarhum Haji Jusuh atau lebih dikenali sebagai Abang Aji Soh. Pada tahun 1953 , ayahandanya telah menghantarnya melanjutkan pelajaran ke Tanah Suci, Mekah bersama adiknya Almarhum Haji Ahmad dengan menaiki kapal laut. Masjidil Haram Di Tanah Suci Mekah menjadi pusat pengajian Tuan Guru Haji Abdullah.

( Pondok Lubuk Tapah )

Di antara tokoh guru-guru dan ulamak beliau Syaikh Abdul Kadir Abdul mutalib Al-Mandili, Syaikh Muhamad Daud AlFatani ,Syaikh Abdul Jalil Al Indonisi dan beberapa orang tokoh-tokoh ulamak yang terkenal lagi . Selama hampir 15 tahun berada di Tanah Suci Mekah akhirnya beliau kembali ke tanah air. Sebelum beliau pulang ke tanah air, beliau bersama 14 orang sahabat perjuangan menghadapi ujian terakhir daripada guru-guru, ulamak dengan disuruh membaca mentafsir dan menerangkan isi kandungan beberapa buah kitab agama yang telah dipelajari selama menuntut di tanah Suci Mekah selama satu minggu.


Debaran ujian telah pun berakhir .Kini tiba pula debaran menunggu keputusan, Apabila keputusan diumumkan beliau bersama dua orang sahabatnya menerima ijazah tauliah dan tamat pengajian daripada guru-guru ulamak pada Muharam 1386 hijrah. Sebelum berangkat pulang ke tanah air beliau juga diberi pesanan dan nasihat oleh guru-guru ulama supaya memanfaatkan ilmu yang telah di pelajari dengan betul dan tepat. Pada tahun 1966 Tuan Guru Haji Abdullah kembali ke tanah air . Beliaulah sebagai pengganti ayahandanya Tuan Guru Haji Abdul Rahman untuk mentadbir dan menerajui Pusat Pengajian pondok Lubuk Tapah.

dipetik dari : http://www.keampunanallah.blogspot.com/


Posted in Berita | Leave a Comment »

Kepentingan Orang Melayu @ Keadilan Semua Rakyat ?

Posted by Jabatan Amal Kelantan di 26 April 2008

Saya ada menerima komen dari mereka yang tidak dikenali berbunyi “apakah benar wakil Pemuda DAP mengatakan “Kita bicara bukan ketuanan Melayu tetapi ketuanan Rakyat” dan disambut dengan sorakan gemuruh hadirin. Jika benar ke manakah arah tuju orang melayu? tak tertindaskah melayu yg ekonominya mundur dan tidak berdaya saing dengan orang2 bukan Melayu…..”

Bagi saya yang paling penting untuk menjaga kepentingan semua kaum, apa yang perlu diperjuangkan sebagaimana yang diperjuangankan oleh Pakatan Rakyat adalan “Keadilan Untuk Semua Kaum”. Tak kira melayu susah, cina susah, india susah, kadazan susah ataupun iban susah… kita wajib membantu. Saya kira ini adalah kunci kepada keamanan di negara ini. Islam tidak mengajar kita memperjuangkan hak sesuatu kaum sehingga menafikan kepentingan kaum yang lain. Saya amat tertarik dengan tulisan sdr. Roslan SMS mengenai perkara ini. disini saya memetik penulisan beliau.

PERENCAT PEMUAFAKATAN UMAT

Sebelum ini saya pernah menulis betapa saya senang melihat usaha untuk meneroka idea baru pemuafakatan umat Melayu Islam oleh parti-parti politik termasuklah tokoh-tokoh Melayu Islam yang ternama. Banyak ruang yang perlu ditangani bagi membela nasib umat ini, tanpa pula meminggirkan nasib dan kebajikan kaum-kaum lain. Siapakah lagi yang paling wajar membela dan memeprjuangkan nasib dan masa depan ummah jika tidak kita sendiri. Isu kemiskinan, pendidikan, agama dan kebudayaan kita perlu diperjuangkan oleh semua pihak tanpa mengira fahaman @ kecenderungan politik.


Walaubagaimanapun saya mual, bosan dan muak kepada suara-suara sumbang “ultra” dan ektrimis Melayu/Islam yang cuba mengenengahkan diri sebagai jaguh, tetapi dalam waktu yang sama mengambil kesempatan politik murahan. Orang seperti ini sarat dengan kepentingan, dan tidak seharusnya terlibat dalam muafakat yang lebih terbuka dan “non political”.

Bagi saya Ketua Satu GAPENA Tan Sri Prof Emeritus Dr Ismail Hussien jatuh dalam kategori ini. Profesor ini masih berada dalam takuk politik lama, tidak berpijak dalam kerangka politik baru yang telah dibina oleh rakyat pasca PRU ke 12. Beliau menolak keputusan rakyat dan sebaliknya masih dalam dunia mimpi pra PRU ke 12.

Beliau melihat kononnya terdapat unsur perkauman yang tebal dalam PRU ke 12. Beliau menambah (dalam Utusan hari ini):Ketika ini beberapa parti politik Melayu pula nampak ghairah dengan kemenangan yang diperoleh tetapi kelihatan mereka tidak memegang kuasa secara mutlak mereka seolah-olah ditungggangi kepentingan yang lain bukannya kepentingan Melayu.

Kalau beginilah bacaan GAPENA dan Profesor yang cerdik ini terhadap realiti politik semasa maka bagaimana mungkin GAPENA mahu menerajui kongres pemuafakatan Melayu? Kenyataan di atas sahaja jelas meletakkan Profesor ini cenderung dan condong pada satu parti. Perbincangan untuk permuafakatan tidak boleh dikepalai oleh seorang atau satu kumpulan yang kepalanya sudah sarat dan padat dengan kecintaan kepada satu-satu golongan atau puak semata-mata.

Ketaksuban seperti ini lebih mengundang parah dari merawat luka yang ada.Kalau beginilah GAPENA maka bersenang-lenang dan berenang-renanglah ia dalam kolam Umno, kerana pasti pihak lain tidak akan tergiur untuk berenang bersama mereka.Agenda pemufakatan umat ini penting, jangan sampai ia dicemari dan dikotori oleh puak yang tidak ikhlas.
Semoga keamanan, kesejahteraan yang hakiki kita akan kecapi tidak lama lagi…. insya Allah

dipetik dari : http://lot250.blogspot.com

Posted in Berita | Leave a Comment »

Parlimen Dibubar Hari Ini

Posted by Jabatan Amal Kelantan di 13 Februari 2008

PUTRAJAYA 13 Feb. – Parlimen dibubarkan hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 diadakan.

Serentak dengan itu semua Dewan Undangan Negeri (DUN) kecuali Sarawak, turut dibubarkan.

Pengumuman pembubaran Parlimen itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ia dibuat selepas Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pagi ini bagi mendapatkan perkenan Seri Paduka.

Berikut adalah transkrip penuh kenyataan akhbar Perdana Menteri pada sidang akhbar khas di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada pukul 12.35 tengah hari ini:

“Saya ingin mengumumkan mengenai pembubaran parlimen pada hari ini setelah mengadap Yang di-Pertuan Agong pada pagi ini.

“Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk membubarkan parlimen berkuat kuasa hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 dijalankan.

“Yang di-Pertuan Agong menandatangani perisytiharan pembubaran parlimen.“Dengan itu, kerajaan-kerajaan negeri turut dinasihatkan membubar Dewan Undangan Negeri berkuat kuasa pada hari yang sama.

“Suruhanjaya Pilihan Raya juga sudah dimaklumkan mengenai perkara ini.” 

dipetik dari : Utusan Malaysia Online

Posted in Berita | Leave a Comment »

Pelancaran Unit Amal Ketereh

Posted by Jabatan Amal Kelantan di 31 Januari 2008

KETEREH 16 JANUARI – Lebih 40 orang ahli unit amal dari Kawasan Ketereh telah menghadiri pelancaran dan taklimat Unit Amal peringkat Kawasan Ketereh bertempat di Pejabat PAS Kawasan di sini. Majlis yang mengumpulkan ahli unit amal dari 3 DUN iaitu Melor, Kadok dan Kok Lanas itu telah dirasmikan oleh Sdr Muhammad Hafiz Bin Musa, Pengarah Jabatan Amal Kelantan dan turut hadir sama dalam majlis pelancaran tersebut Nik Mahadi, Ketua Dewan Pemuda PAS Ketereh dan Muhammad Hanif Wan Ahmad, Setiausaha Jabatan Amal.

Program tersebut merupakan program teras Jabatan Amal Kelantan bagi tahun 2008 untuk menarik lebih ramai ahli dikalangan belia untuk menyertai unit amal. Sejurus selepas perasmian tersebut beliau berkata “Kursus-kursus asas seperti kawad, pertolongan cemas, menyelam, menyelamat dan sebagainya akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat bagi memastikan unit amal setiap kawasan mempunyai kemahiran serta dapat memberi pertolongan dan bantuan dalam apa jua keadaan geografi.”

“Unit Amal harus memperbanyakkan kerja-kerja amal / kemasyarakatan bagi menaikkan imej unit amal dimata masyarakat sebagai badan beruniform yang beramal kerana Allah dalam membantu masyarakat yang memerlukan,” katanya.

Posted in Aktiviti Amal | Leave a Comment »