Jabatan Amal Kelantan

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan

  • Selamat Datang

    Image

    Terima kasih kerana telah mengunjungi blog Jabatan Amal Kelantan. Laman ini sedang dalam pembangunan. Segala komen & cadangan amat dialu-alukan.



  • Sumbangan Diperlukan

    Jabatan Amal Kelantan amat mengharapkan sumbangan kewangan dalam meneruskan gerak kerja dalam membantu masyarakat. Sumbangan tuan puan boleh disalurkan ke akaun Jabatan Amal Kelantan, No. Akaun Bank Islam (BIMB) : 03018010118457. Segala sumbangan yang diberikan diucapkan ribuan terima kasih.

  • Kiriman Terbaru

  • Sejarah

    Pada Satu hari dalam ini telah berlaku satu peperangan saudara dikenali dengan nama Perang Jamal (Perang Unta). Inilah peperangan saudara pertama dalam sejarah Islam.

  • Hadith Pilihan

    Usman bin Abi Ash r.a. bertanya; "Ya Rasulullah, aku sering diganggu syaitan dalam solat, sehingga bacaanku menjadi kacau kerananya. Rasulullah s.a.w. bersabda; "Ya, yang demikian itu memang gangguan syaitan yang dinamakan Khinzab. Kerana itu apabila engkau diganggu, maka segeralah mohon perlindungan kepada Allah dari godaannya, sesudah itu meludah ke sebelah kirimua 3 kali!" Kata Usman; "Setelah aku lakukan yang demikian, maka dengan izin Allah godaan seperti itu hilang."

  • Fadilat Amal

    “Rasulullah s.a.w. pernah ditanya; Apakah amalan yang paling utama? Baginda bersabda; Beriman kepada Allah. Sahabat bertanya lagi: Kemudian apa? Rasulullah s.a.w. bersabda ; Jihad pada jalan Allah iaitu berjuang pada jalan Allah dan sahabat bertanya lagi: Kemudian apa? Rasulullah s.a.w. bersabda ; Haji Mabrur iaitu ibadat Haji yang diterima.”

  • Ikatan & Simpulan

Archive for the ‘Aktiviti Amal’ Category

155 anggota Unit Amal siap sedia bantu mangsa banjir

Posted by muhammadhanif di 2 Disember 2008

Salam Perjuangan…

KOTA BHARU, 1 Dis – Seramai 155 orang angota Unit Amal akan ditempatkan di setiap parlimen di seluruh Kelantan sebagai persiapan untuk menghadapi kemungkinan berlakunya banjir di negeri itu.

Pengarah Unit Amal Negeri, Hafis Musa, ketika dihubungi memberitahu, bagaimanapun jumlah anggota itu akan ditambah bila-bila masa jika diperlukan mengikut keperluan.

“Setakat ini kami akan menempatkan setiap parlimen sekurang-kurangnya 10 orang anggota yang sentiasa dalam keadaan bersiap sedia untuk menjalankan tanggungjawab mereka,” katanya.

Hafiz seterusnya berkata, memandangkan tugas unit tersebut begitu mencabar serta memerlukan kepakaran, baru-baru ini Unit Amal yang akan bertugas sewaktu banjir telah mengikuti latihan selama tiga hari dengan beberapa agensi kerajaan.

Selain itu, katanya Unit Amal juga akan menyediakan peralatan keselamatan seperti jaket keselamatan, bot dan kenderaan pacuan empat roda bagi memudahkan unit terbabit membuat rondaan dan menyelamat.

Sambungnya lagi, antara kerja-kerja menyelamat yang akan dilaksanakan seperti pemindahan mangsa banjir ke pusat perpindahan di samping menjaga keselamatan harta benda mereka ketika mangsa di pusat perpindahan. Baca baki entri ini »

Posted in Aktiviti Amal, Banjir, Unit Amal | 1 Comment »

Jabatan Amal Kelantan Bersedia Hadapi Banjir

Posted by muhammadhanif di 29 November 2008

Salam Perjuangan…

Jabatan Amal Kelantan telah mengadakan satu kursus bertempat di PUPUK, Machang iaitu Kursus asas & praktikal persediaan menghadapi banjir ini telah berlangsung pada 21-23 November.

Kursus pada asalnya akan diadakan D’ Pinggiran Gunung Tebu Resort, tetapi memandangkan tempat tersebut sudah ditenggelami air, maka pihak Jabatan Amal Kelantan telah mengambil inisiatif bertukar ke PUPUK, Machang.

Kehadiran daripada Unit Amal Kawasan-kawasan amat mengalakkan iaitu seramai 100 penyertaan dari seluruh negeri Kelantan. Alhamdulillah pada kali ini Jabatan Amal Kelantan dapat bekerjasama dengan Tabung Amanah Tok Kenali untuk menjayakan kursus ini untuk menghadapi banjir pada bila-bila masa sahaja.

Antara tenaga penceramah yang diundang khas untuk memberi taklimat kepada Unit Amal pada kali ini adalah Polis yang memberi syarahan berkaitan tajuk “Gejala Sosial & Ketenteraman Awam Serta Kaeda Menangganinya”, JPAM memberi ceramahnya yang bertajuk “Bantuan Kecemasan & Kaedah-kaedahnya” dan bagi pihak Bomba pula tajuk yang diberikan adalah “Kaedah Menyelamat Waktu Bencana Alam”. Manakala ceramah “Keselamatan” dibentangkan oleh saudara Khir Zahari. Baca baki entri ini »

Posted in Aktiviti Amal, Berita, Kemahiran, Kursus, Latihan, Makluman, Unit Amal | Di tag: | Leave a Comment »

Rombongan Pemuda Pas Negeri Lawati Tahanan Lanun

Posted by muhammadhanif di 7 November 2008

Salam Perjuangan…

Kota Bharu – Menjadi tawanan kepada lanun adalah satu pengalaman yang amat menakutkan dan boleh menyebabkan mangsa mengalami trauma. Pengalaman sebegitu tentu amat susah hendak diluputkan dari ingatan. Mangsa juga mungkin mengalami tekanan perasaan.

Mengambil kira diatas faktor tersebut dan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa, baru-baru ini Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan (DPPNK) telah membuat kunjungan ziarah keatas salah seorang mangsa tawanan lanun di Laut Aden, Somalia.

Rombongan tersebut diketuai oleh YB Ustaz Abdul Latiff Haji Ab Rahman (ADUN Mengkebang) yang juga merupakan Naib Pengerusi DPPNK, Ustaz Hafiz Musa (Pengarah Jabatan Amal Negeri Kelantan).

Turut serta ialah Setiausaha Jabatan Amal Negeri Kelantan, Encik Muhammad Hanif Wan Ahmad dan Nuri Yaakub (Ketua Pemuda Pas Kubang Kerian).

Menurut YB Ustaz Abdul Latiff Haji Ab Rahman, lawatan itu diadakan bagi memberi sokongan moral kepada mangsa dan keluarga dalam menangani musibah yang dihadapi.

Beliau juga menyatakan rombongan DPPNK yang diketuai oleh beliau menunjukkan sikap cakna serta prihatin pimpinan pemuda pas terhadap mereka yang dilanda masalah. – http://mengkebang.pas.org.my

Posted in Aktiviti Amal, Berita, Lawatan, PAS | Leave a Comment »

Kenangan Sambutan Hari Raya

Posted by muhammadhanif di 17 Oktober 2008

Salam Perjuangan…

Kenangan semasa bertugas di Majlis Sambutan Hari Raya Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan bertempat Dataran Stadium Mohd IV pada 9 Oktober 2008 (Khamis).

Seramai 40 orang Unit Amal bertugas sebagai bentara dan selebihnya menyediakan air di khemah Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan untuk semua hadirin yang hadir.

Majlis pada kali ini mencatatkan sejarah baru, di mana lebih daripada 20,000 orang telah hadir memeriahkan majlis tersebut. Juadah disediakan oleh semua kawasan-kawasan sebanyak 14 kawasan. Begitu juga dengan Dewan Pemuda, Dewan Muslimat, Dewan Ulamat PAS Negeri Kelantan dan Badan Perhubungan sendiri.

Sebelah malamnya ceramah perdana diadakan di Padang Perdana dengan barisan penceramah ; YAB Tuan Guru Nik Aziz, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, YB Dato’ Husam Musa dan YB Saifudin Nasution.

Posted in 'Eidul Fitri, Aktiviti Amal, Koleksi Gambar, PAS | Leave a Comment »

Iftar Jabatan Amal Kelantan

Posted by muhammadhanif di 19 September 2008

Salam Perjuangan…

Kota Bharu, 15 September – Jabatan Amal Kelantan telah mengadakan majlis iftar untuk meraikan semua Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Negeri dan semua amal yang telah turun ke Selat Klang baru-baru ini dalam satu majlis yang diadakan di hotel Raudah yang telah diatur oleh bendahari dan setiasaha.

Majlis iftar ini bermula jam 6 petang dengan dimulakan dengan tazkirah disampaikan oleh Ustaz Masri (amal kawasan Bachok) selama 20 minit. Selepas itu ucapan Ustaz Muhammad Hafiz Musa, Pengarah Amal Kelantan dan ucapan wakil Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK), Ustaz Wan Azimi (bendahari).

Turut diraikan pada majlis iftar tersebut adalah 4 pasangan amal yang baru berkahwin. Turut dijemput bagi memeriahkan lagi majlis iftar adalah mantan pengarah Jabatan Amal Kelantan sebelum ini, Ustaz Zulnabli dan dewan harian DPPNK. YB Ketua Pemuda, Timb. Ketua dan YB Naib Ketua DPPNK tidak dapat hadir sama bagi memeriahkan majlis kerana atas sebab bertembung majlis.

Majlis seumpama ini diadakan bagi meraikan ALP Jabatan Amal Kelantan yang belum pernah diraikan dalam sesuatu majlis. Sekurang-kurangnya dengan adanya majlis seumpama ini dapat merapatkan lagi ukhuwah dikalangan kami amal-amal semua.

Selesai berbuka, kami sama-sama solat berjemaah di surau hotel. Selepas itu sempat juga berbincang petugas kawasan mana yang patut bertugas di Ghazwatul Badr anjuran Badan Perhubungan Negeri yang mana kami minta menghantar seramai 50 orang anggota bagi mengawal lalu lintas di majlis tersebut. Selesai semuanya majlis pun bersurai.

Posted in Aktiviti Amal, Iftar | Leave a Comment »

Gambar Misi Bantuan Selat Klang

Posted by Jabatan Amal Kelantan di 9 September 2008

Posted in Aktiviti Amal | Di tag: , | Leave a Comment »

Amal Kelantan Zairah Mat Ali

Posted by Jabatan Amal Kelantan di 4 Julai 2008

Salam Perjuangan…

Baru-baru ini saya bersama sahabat saya Ustaz Rosli Abdul Samad, Pengarah Kewangan Jabatan Amal Kelantan, telah melawat Saudara Mohd Ali Akbar yang lebih dikenali dengan pangilan Mat Ali (gambar) yang telantar di HUSM Kubang Kerian hampir 10 hari.

mohd ali akbar

Mat Ali sedang bercerita tentang kejadian yang menimpanya

Beliau mula dimasukkan di HUSM Kubang Kerian pada 25 Jun 2008 dan sekarang di tempatkan di Wad 4 Selatan, katil no 14. Saya difahamkan bahawa beliau telah jatuh dan apabila bangun keesokan pagi, kaki beliau tidak dapat digerakkan. Sekarang ini agak bertambah baik, saya difahamkan ada kebocoran pada tulang belakang beliau akibat terjatuh.

Beliau segera mendapatkan rawatan di Hospital Besar Pasir Puteh dan terus dihantar ke HUSM. Beliau memaklumkan Pengarah Jabatan Amal Kelantan, Muhammad Hafiz Musa telah melawat beliau pada hari pertama beliau dimasukkan ke HUSM.

Jabatan Amal Kelantan berharap beliau cepat sembuh dan dapat kembali aktif dalam kerja-kerja memperjuangkan Islam dan kerja-kerja amal.

Setiausaha Jabatan Amal Kelantan http://muhammadhanif.wordpress.com

Posted in Aktiviti Amal, Lawatan | Di tag: , , , | Leave a Comment »

Kejuaraan Cub Prix AAM Petronas Sprinta Malaysia 2008, Tesco Lembah Sireh, Kota Bharu

Posted by Jabatan Amal Kelantan di 12 Jun 2008

Kota Bharu 7 – 8 Jun. – Kejohanan Cub Prix AAM Petronas Sprinta Malaysia pusingan 4 telah berlangsung di Tesco Lembah Sireh.

Jabatan Amal Kelantan telah menghantar seramai 50 orang Unit Amal untuk berkhidmat sebagai pegawai keselamatan bersama-sama dengan Rela, Bomba, PBSM dan lain-lain. Ust Zamri Mat Yusoff – Timbalan Pengarah I mengetuai Jabatan Amal Kelantan untuk bertugas di kejohanan tersebut.

Sementara itu Ust. Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi berkesempatan sama dengan Jabatan Amal Kelantan sebagai VIP.

Beliau berkata “Sebelum ini saya bukan sahaja tidak berkesempatan untuk menyaksikan kejuaraan sukan motosikal ini malah tidak “boleh” hadir ke litar kerana saya merasakan sangat tidak sesuai untuk berada di situ ekoran kawasan litar akan dihiasi oleh gadis litar yang tentunya berpakaian sangat menjolok mata.”

Tambah beliau lagi “Berbeza penganjuran Kejuaraan di pusingan 4 ini, apabila Kota Bharu Bandaraya Islam menjadi lokasinya. Gadis litar tidak dibenarkan dan gadis promoter yang bertugas di gerai atau kaunter masing-masing dikehendaki bertudung.”

Posted in Aktiviti Amal | Leave a Comment »

Jambori Amal Kebangsaan Kali Ke – 16 / 2008, Kg. Sayong Lembah, Kuala Kangsar, Perak

Posted by Jabatan Amal Kelantan di 4 Jun 2008

Kuala Kangsar, 31 Mei 2008 – Jambori Amal Kebangsaan Kali Ke – 16 / 2008 yang berlangsung selama 3 ‎hari bermula 30 Mei – 1 Jun 2008. Pada tahun ini, Perak telah diamanahkan sebagai tuan rumah kepada ‎program tahun Amal Kebangsaan yang tertunda pada tahun lepas di atas sebab kemungkinan ‎berlakunya pilihan raya kali ke – 12. Lokasi tempat jambori pada kali ini diadakan di Kg. Sayong Lembah, ‎Kuala Kangsar terletak di tepi Sungai Perak berhadapan dengan bangunan Istana Iskandariah, Bukit ‎Chandan cukup menarik perhatian penduduk dan pelancong yang berada di kawasan sekitar lebih-‎lebih lagi pada waktu malam.‎

Jabatan Amal Kelantan pada tahun ini telah menghantar seramai 95 orang peserta ke jambori kali ini. ‎Pada tahun ini semua perbelanjaan peserta untuk jambori pada kali ini ditanggung sepenuhnya oleh ‎Jabatan Amal Kelantan.‎

Jambori pada kali ini mencatat sejarah penyertaan teramai apabila penyertaannya melebihi 2,500 ‎orang peserta dari negeri-negeri sejak diadakan 15 tahun lalu dan manakala unit amal yang teramai ‎menghantar peserta kali ini adalah negeri Pahang iaitu 303 orang anggota Amal.‎

Dalam jambori kali ini Jabatan Amal Kelantan telah memenangi beberapa acara yang dipertandingkan ‎seperti johan dan tempat ketiga – futsal padang, naib johan – kawad kaki, tempat kedua – berkayak, tempat ketiga – ‎gajet, tempat ketiga – ironman dan lain-lain acara lagi yang dipertandingkan. Dalam pada itu, pengarah Jabatan Amal Kelantan saudara Muhammad Hafiz Musa berkata “Penyertaan pada Jambori akan datang insya Allah akan lebih ramai lagi daripada penyertaan pada kali ini”. ‎

Posted in Aktiviti Amal | 1 Comment »

Pelancaran Unit Amal Ketereh

Posted by Jabatan Amal Kelantan di 31 Januari 2008

KETEREH 16 JANUARI – Lebih 40 orang ahli unit amal dari Kawasan Ketereh telah menghadiri pelancaran dan taklimat Unit Amal peringkat Kawasan Ketereh bertempat di Pejabat PAS Kawasan di sini. Majlis yang mengumpulkan ahli unit amal dari 3 DUN iaitu Melor, Kadok dan Kok Lanas itu telah dirasmikan oleh Sdr Muhammad Hafiz Bin Musa, Pengarah Jabatan Amal Kelantan dan turut hadir sama dalam majlis pelancaran tersebut Nik Mahadi, Ketua Dewan Pemuda PAS Ketereh dan Muhammad Hanif Wan Ahmad, Setiausaha Jabatan Amal.

Program tersebut merupakan program teras Jabatan Amal Kelantan bagi tahun 2008 untuk menarik lebih ramai ahli dikalangan belia untuk menyertai unit amal. Sejurus selepas perasmian tersebut beliau berkata “Kursus-kursus asas seperti kawad, pertolongan cemas, menyelam, menyelamat dan sebagainya akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat bagi memastikan unit amal setiap kawasan mempunyai kemahiran serta dapat memberi pertolongan dan bantuan dalam apa jua keadaan geografi.”

“Unit Amal harus memperbanyakkan kerja-kerja amal / kemasyarakatan bagi menaikkan imej unit amal dimata masyarakat sebagai badan beruniform yang beramal kerana Allah dalam membantu masyarakat yang memerlukan,” katanya.

Posted in Aktiviti Amal | Leave a Comment »