Jabatan Amal Kelantan

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan

  • Selamat Datang

    Image

    Terima kasih kerana telah mengunjungi blog Jabatan Amal Kelantan. Laman ini sedang dalam pembangunan. Segala komen & cadangan amat dialu-alukan.



  • Sumbangan Diperlukan

    Jabatan Amal Kelantan amat mengharapkan sumbangan kewangan dalam meneruskan gerak kerja dalam membantu masyarakat. Sumbangan tuan puan boleh disalurkan ke akaun Jabatan Amal Kelantan, No. Akaun Bank Islam (BIMB) : 03018010118457. Segala sumbangan yang diberikan diucapkan ribuan terima kasih.

  • Kiriman Terbaru

  • Sejarah

    Pada Satu hari dalam ini telah berlaku satu peperangan saudara dikenali dengan nama Perang Jamal (Perang Unta). Inilah peperangan saudara pertama dalam sejarah Islam.

  • Hadith Pilihan

    Usman bin Abi Ash r.a. bertanya; "Ya Rasulullah, aku sering diganggu syaitan dalam solat, sehingga bacaanku menjadi kacau kerananya. Rasulullah s.a.w. bersabda; "Ya, yang demikian itu memang gangguan syaitan yang dinamakan Khinzab. Kerana itu apabila engkau diganggu, maka segeralah mohon perlindungan kepada Allah dari godaannya, sesudah itu meludah ke sebelah kirimua 3 kali!" Kata Usman; "Setelah aku lakukan yang demikian, maka dengan izin Allah godaan seperti itu hilang."

  • Fadilat Amal

    “Rasulullah s.a.w. pernah ditanya; Apakah amalan yang paling utama? Baginda bersabda; Beriman kepada Allah. Sahabat bertanya lagi: Kemudian apa? Rasulullah s.a.w. bersabda ; Jihad pada jalan Allah iaitu berjuang pada jalan Allah dan sahabat bertanya lagi: Kemudian apa? Rasulullah s.a.w. bersabda ; Haji Mabrur iaitu ibadat Haji yang diterima.”

  • Ikatan & Simpulan

155 anggota Unit Amal siap sedia bantu mangsa banjir

Posted by muhammadhanif di 2 Disember 2008

Salam Perjuangan…

KOTA BHARU, 1 Dis – Seramai 155 orang angota Unit Amal akan ditempatkan di setiap parlimen di seluruh Kelantan sebagai persiapan untuk menghadapi kemungkinan berlakunya banjir di negeri itu.

Pengarah Unit Amal Negeri, Hafis Musa, ketika dihubungi memberitahu, bagaimanapun jumlah anggota itu akan ditambah bila-bila masa jika diperlukan mengikut keperluan.

“Setakat ini kami akan menempatkan setiap parlimen sekurang-kurangnya 10 orang anggota yang sentiasa dalam keadaan bersiap sedia untuk menjalankan tanggungjawab mereka,” katanya.

Hafiz seterusnya berkata, memandangkan tugas unit tersebut begitu mencabar serta memerlukan kepakaran, baru-baru ini Unit Amal yang akan bertugas sewaktu banjir telah mengikuti latihan selama tiga hari dengan beberapa agensi kerajaan.

Selain itu, katanya Unit Amal juga akan menyediakan peralatan keselamatan seperti jaket keselamatan, bot dan kenderaan pacuan empat roda bagi memudahkan unit terbabit membuat rondaan dan menyelamat.

Sambungnya lagi, antara kerja-kerja menyelamat yang akan dilaksanakan seperti pemindahan mangsa banjir ke pusat perpindahan di samping menjaga keselamatan harta benda mereka ketika mangsa di pusat perpindahan.

“Dalam masa yang sama Unit Amal juga akan mengedarkan buku panduan dan doa untuk menghindarkan diri dari bala khususnya pada musim banjir,” ujarnya.

Sementara itu, Unit Amal negeri kini dalam proses mengumpul dana bagi membantu mangsa banjir khususnya untuk menyediakan keperluan asas untuk mereka seperti selimut, tikar, makanan dan lain-lain keperluan yang penting.

“Dalam masa yang sama kami juga memerlukan bahan makanan, pakaian dan juga bekalan air bersih untuk diedarkan kepada mangsa-mangsa banjir selain sumbangan berbentuk kewangan,” ujarnya.

Bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Pengarah Unit Amal Negeri, Hafis Musa di talian 019-9817327 dan Setiausaha Unit Amal Negeri, Muhammad Hanif Wan Ahmad di talian 013-9420123.

Manakala sumbangan wang tunai ataupun cek boleh di masukan ke akaun Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) di atas nama Jabatan Amal Kelantan, no akaun 03018010118457. – harakahdaily

Advertisements

Satu Respons to “155 anggota Unit Amal siap sedia bantu mangsa banjir”

  1. Mohd Roslan said

    Salam,

    Amaran banjir pusingan kedua. Berikut adalah amaran dari Jabatan Meteorologi pada petang 7 Dis 2008:
    AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT JINGGA)
    Dikeluarkan pada: 4.30 petang 07/12/2008

    Hujan sederhana kadangkala lebat dari semasa ke semasa yang turun di Negeri Terengganu (Daerah Dungun, Kemaman, Marang dan Hulu Terengganu) dan Pahang (Daerah Jerantut, Kuantan, Maran, Rompin, Bera, Temerloh dan Pekan) dan Johor Timur (Daerah Mersing) dijangka berterusan sehingga Selasa, 9 Disember 2008.

    Keadaan cuaca yang sama berlaku di Negeri Kelantan (Daerah Gua Musang dan Kuala Krai) dijangka berterusan sehingga Isnin, 8 Disember 2008.

    Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan tanah rendah dan tebing-tebing sungai.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: