Jabatan Amal Kelantan

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan

  • Selamat Datang

    Image

    Terima kasih kerana telah mengunjungi blog Jabatan Amal Kelantan. Laman ini sedang dalam pembangunan. Segala komen & cadangan amat dialu-alukan.



  • Sumbangan Diperlukan

    Jabatan Amal Kelantan amat mengharapkan sumbangan kewangan dalam meneruskan gerak kerja dalam membantu masyarakat. Sumbangan tuan puan boleh disalurkan ke akaun Jabatan Amal Kelantan, No. Akaun Bank Islam (BIMB) : 03018010118457. Segala sumbangan yang diberikan diucapkan ribuan terima kasih.

  • Kiriman Terbaru

  • Sejarah

    Pada Satu hari dalam ini telah berlaku satu peperangan saudara dikenali dengan nama Perang Jamal (Perang Unta). Inilah peperangan saudara pertama dalam sejarah Islam.

  • Hadith Pilihan

    Usman bin Abi Ash r.a. bertanya; "Ya Rasulullah, aku sering diganggu syaitan dalam solat, sehingga bacaanku menjadi kacau kerananya. Rasulullah s.a.w. bersabda; "Ya, yang demikian itu memang gangguan syaitan yang dinamakan Khinzab. Kerana itu apabila engkau diganggu, maka segeralah mohon perlindungan kepada Allah dari godaannya, sesudah itu meludah ke sebelah kirimua 3 kali!" Kata Usman; "Setelah aku lakukan yang demikian, maka dengan izin Allah godaan seperti itu hilang."

  • Fadilat Amal

    “Rasulullah s.a.w. pernah ditanya; Apakah amalan yang paling utama? Baginda bersabda; Beriman kepada Allah. Sahabat bertanya lagi: Kemudian apa? Rasulullah s.a.w. bersabda ; Jihad pada jalan Allah iaitu berjuang pada jalan Allah dan sahabat bertanya lagi: Kemudian apa? Rasulullah s.a.w. bersabda ; Haji Mabrur iaitu ibadat Haji yang diterima.”

  • Ikatan & Simpulan

Jabatan Amal Kerah Tenaga Bersihkan Kesan Banjir

Posted by Jabatan Amal Kelantan di 3 Januari 2008

RANTAU PANJANG, 26 Dis (Hrkh) – Kalau di Acheh pada Disember 2004, sukarelawan Parti Keadilan Sejahtera (PKS) paling awal tiba bagi menyelamatkan mangsa-mangsa tsunami, manakala di Malaysia, Jabatan Amal turut memainkan peranan yang serupa.

Sayap kanan kepada Dewan Pemuda PAS itu turun padang membantu mangsa-mangsa banjir di Johor tahun lepas. Dan baru-baru ini Jabatan Amal Kelantan juga mengerah keringat membantu mangsa banjir di Kelantan.

Anggota Jabatan Amal Kelantan meredah arus deras bagi menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir bersama wakil-wakil rakyat dan pemimpin masyarakat.

Dan dua hari lalu, sekali lagi anggota-anggota Jabatan Amal Kelantan turun padang melaksanakan kerja-kerja amal membersihkan tempat yang terjejas teruk akibat banjir yang bermula di Rantau Panjang.

Seramai 150 anggota Jabatan Amal Kelantan berganding bahu dengan 250 kakitangan Majlis Daerah Pasir Mas, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, Bomba dan Penyelamat, anggota Nisa’ serta Briged Kebajikan Perdana Kelantan bergotong royong membersihkan kesan-kesan banjir di lima lokasi di Rantau Panjang.

Turut serta dalam program itu Ketua Penerangan PAS Kelantan, Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah, Pengarah Jabatan Amal Kelantan, Hafiz Musa (gambar), Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri, Mohd Ridza Zain dan Setiausaha PAS Rantau Panjang, Abdul Aziz Yunus.

Mohd Ridza berkata, kesemua peserta gotong royong terbabit dibahagi kepada lima kumpulan termasuk kawasan pusat bandar, Kampung Kubang Chenak, Sekolah Menengah Agama (Arab) Al-Fauziah, Sekolah Menengah Arab Banggol Kulim dan pusat perpindahan mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi.

Katanya, Anggota Jabatan Amal Kelantan, Nisa’ dan Majlis Daerah Pasir Mas ditempatkan di Kampung Kubang Chenak dan sekitarnya.

Manakala MPKB-BRI membekalkan air untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan. Program separuh hari itu dirasmikan Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan, Drs Zainuddin Awang Hamad.

Menurutnya, kerajaan negeri sentiasa menghargai semua badan-badan bukan kerajaan terutamanya Jabatan Amal Kelantan dan Nisa’ serta kakitangan kerajaan yang berkorban nyawa, masa, dan tenaga membantu mangsa-mangsa banjir.

Ketika air bah melanda baru-baru ini NGO tersebut membantu memindahkan mangsa-mangsa banjir, mengagihkan bantuan dan menyerahkan daging korban kepada mangsa banjir di kawasan Parlimen Rantau Panjang dan Tumpat.

Sebanyak lima ekor lembu disembelih sempena Hari Raya Korban baru-baru ini di Rantau Panjang, manakala di Tumpat sebanyak lapan ekor termasuk disumbang Menteri Besar.

 lawati : http://jabamal.wordpress.com/

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: