Jabatan Amal Kelantan

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan

  • Selamat Datang

    Image

    Terima kasih kerana telah mengunjungi blog Jabatan Amal Kelantan. Laman ini sedang dalam pembangunan. Segala komen & cadangan amat dialu-alukan.



  • Sumbangan Diperlukan

    Jabatan Amal Kelantan amat mengharapkan sumbangan kewangan dalam meneruskan gerak kerja dalam membantu masyarakat. Sumbangan tuan puan boleh disalurkan ke akaun Jabatan Amal Kelantan, No. Akaun Bank Islam (BIMB) : 03018010118457. Segala sumbangan yang diberikan diucapkan ribuan terima kasih.

  • Kiriman Terbaru

  • Sejarah

    Pada Satu hari dalam ini telah berlaku satu peperangan saudara dikenali dengan nama Perang Jamal (Perang Unta). Inilah peperangan saudara pertama dalam sejarah Islam.

  • Hadith Pilihan

    Usman bin Abi Ash r.a. bertanya; "Ya Rasulullah, aku sering diganggu syaitan dalam solat, sehingga bacaanku menjadi kacau kerananya. Rasulullah s.a.w. bersabda; "Ya, yang demikian itu memang gangguan syaitan yang dinamakan Khinzab. Kerana itu apabila engkau diganggu, maka segeralah mohon perlindungan kepada Allah dari godaannya, sesudah itu meludah ke sebelah kirimua 3 kali!" Kata Usman; "Setelah aku lakukan yang demikian, maka dengan izin Allah godaan seperti itu hilang."

  • Fadilat Amal

    “Rasulullah s.a.w. pernah ditanya; Apakah amalan yang paling utama? Baginda bersabda; Beriman kepada Allah. Sahabat bertanya lagi: Kemudian apa? Rasulullah s.a.w. bersabda ; Jihad pada jalan Allah iaitu berjuang pada jalan Allah dan sahabat bertanya lagi: Kemudian apa? Rasulullah s.a.w. bersabda ; Haji Mabrur iaitu ibadat Haji yang diterima.”

  • Ikatan & Simpulan

Jabatan Amal Gotong Royong Bersih Kesan-kesan Banjir

Posted by Jabatan Amal Kelantan di 3 Januari 2008

KOTA BHARU, 23 Dis (Hrkh) – Selepas bertungkus lumus membantu mangsa-mangsa banjir baru-baru ini, Jabatan Amal Kelantan sekali lagi turun padang esok bagi membersihkan bandar Rantau Panjang secara gotong royong.

Seramai 150 anggota Jabatan Amal Kelantan dijangka hadir membersihkan bandar tersebut bermula jam 8.30 pagi bersama beberapa agensi kerajaan.

Pengarahnya, Mohd Hafiz Musa berkata, program amal itu diatur bagi membersihkan kesan-kesan banjir yang melanda Rantau Panjang baru-baru ini.

Katanya, Jabatan Amal Negeri Kelantan dengan bantuan Jabatan Amal Kawasan-kawasan akan bekerjasama membersih bandar itu bersama agensi lain termasuk Majlis Daerah Pasir Mas, pasukan Bomba dan Penyelamat dan beberapa pihak lain.

Tumpuan diberi kepada Rantau Panjang memandangkan kawasan itu merupakan pintu masuk ke Malaysia melalui selatan Thailand. Selain itu tahun depan kerajaan negeri melancar Tahun Melawat Kelantan.

Kita juga bersedia untuk membersih kawasan lain yang terlibat dengan banjir sekiranya keadaan memerlukan bantuan Jabatan Amal Kelantan selepas ini, ujarnya.

Ketika banjir melanda baru-baru ini anggota-anggota Jabatan Amal Negeri Kelantan, Nisa’ dan pasukan polis, Bomba dan Penyelamat, JPA3 serta Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) adalah antara pihak yang terlibat secara langsung membantu mangsa banjir.

Rantau Panjang merupakan kawasan yang agak teruk dilanda banjir selepas Thailand melepaskan air di sebuah empangan di selatan negara terbabit sehingga menyebabkan paras Sungai Golok melimpah. – mj

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: