Salam Perjuangan…
KOTA BHARU, 1 Dis – Seramai 155 orang angota Unit Amal akan ditempatkan di setiap parlimen di seluruh Kelantan sebagai persiapan untuk menghadapi kemungkinan berlakunya banjir di negeri itu.
Pengarah Unit Amal Negeri, Hafis Musa, ketika dihubungi memberitahu, bagaimanapun jumlah anggota itu akan ditambah bila-bila masa jika diperlukan mengikut keperluan.
“Setakat ini kami akan menempatkan setiap parlimen sekurang-kurangnya 10 orang anggota yang sentiasa dalam keadaan bersiap sedia untuk menjalankan tanggungjawab mereka,” katanya.
Hafiz seterusnya berkata, memandangkan tugas unit tersebut begitu mencabar serta memerlukan kepakaran, baru-baru ini Unit Amal yang akan bertugas sewaktu banjir telah mengikuti latihan selama tiga hari dengan beberapa agensi kerajaan.
Selain itu, katanya Unit Amal juga akan menyediakan peralatan keselamatan seperti jaket keselamatan, bot dan kenderaan pacuan empat roda bagi memudahkan unit terbabit membuat rondaan dan menyelamat.
Sambungnya lagi, antara kerja-kerja menyelamat yang akan dilaksanakan seperti pemindahan mangsa banjir ke pusat perpindahan di samping menjaga keselamatan harta benda mereka ketika mangsa di pusat perpindahan. Baca baki entri ini »

