![]()
RANTAU PANJANG, 26 Dis (Hrkh) – Kalau di Acheh pada Disember 2004, sukarelawan Parti Keadilan Sejahtera (PKS) paling awal tiba bagi menyelamatkan mangsa-mangsa tsunami, manakala di Malaysia, Jabatan Amal turut memainkan peranan yang serupa.
Sayap kanan kepada Dewan Pemuda PAS itu turun padang membantu mangsa-mangsa banjir di Johor tahun lepas. Dan baru-baru ini Jabatan Amal Kelantan juga mengerah keringat membantu mangsa banjir di Kelantan.
Anggota Jabatan Amal Kelantan meredah arus deras bagi menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir bersama wakil-wakil rakyat dan pemimpin masyarakat.
Dan dua hari lalu, sekali lagi anggota-anggota Jabatan Amal Kelantan turun padang melaksanakan kerja-kerja amal membersihkan tempat yang terjejas teruk akibat banjir yang bermula di Rantau Panjang.
Seramai 150 anggota Jabatan Amal Kelantan berganding bahu dengan 250 kakitangan Majlis Daerah Pasir Mas, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, Bomba dan Penyelamat, anggota Nisa’ serta Briged Kebajikan Perdana Kelantan bergotong royong membersihkan kesan-kesan banjir di lima lokasi di Rantau Panjang.
Turut serta dalam program itu Ketua Penerangan PAS Kelantan, Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah, Pengarah Jabatan Amal Kelantan, Hafiz Musa (gambar), Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri, Mohd Ridza Zain dan Setiausaha PAS Rantau Panjang, Abdul Aziz Yunus.
Mohd Ridza berkata, kesemua peserta gotong royong terbabit dibahagi kepada lima kumpulan termasuk kawasan pusat bandar, Kampung Kubang Chenak, Sekolah Menengah Agama (Arab) Al-Fauziah, Sekolah Menengah Arab Banggol Kulim dan pusat perpindahan mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi.
Katanya, Anggota Jabatan Amal Kelantan, Nisa’ dan Majlis Daerah Pasir Mas ditempatkan di Kampung Kubang Chenak dan sekitarnya.
Manakala MPKB-BRI membekalkan air untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan. Program separuh hari itu dirasmikan Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan, Drs Zainuddin Awang Hamad.
Menurutnya, kerajaan negeri sentiasa menghargai semua badan-badan bukan kerajaan
terutamanya Jabatan Amal Kelantan dan Nisa’ serta kakitangan kerajaan yang berkorban nyawa, masa, dan tenaga membantu mangsa-mangsa banjir.
Ketika air bah melanda baru-baru ini NGO tersebut membantu memindahkan mangsa-mangsa banjir, mengagihkan bantuan dan menyerahkan daging korban kepada mangsa banjir di kawasan Parlimen Rantau Panjang dan Tumpat.
Sebanyak lima ekor lembu disembelih sempena Hari Raya Korban baru-baru ini di Rantau Panjang, manakala di Tumpat sebanyak lapan ekor termasuk disumbang Menteri Besar.
lawati : http://jabamal.wordpress.com/



Jumlah keseluruhan mangsa banjir di Kelantan pagi tadi seramai 10,756 orang. Paras air di Tangga Krai, Kuala Krai 24.9 meter, Jambatan Guillemard di Tanah Merah 16.61 meter dan Tambatan Diraja 5.10 meter iaitu melepasi paras bahaya, katanya ketika dihubungi di sini.
Bendahari Jabatan Amal Kelantan, Mohd Rosli Abdul Samad berkata, terdapat sembilan keluarga yang tinggal di pusat pemindahan tersebut sejak seminggu lalu.